Linda Rafar Terima Ketentuan Illahi Anak Disahkan Ketumbuhan Kronik


Kasihan sungguh bila Admin dapat tahu bahawa pelakon Linda Rafar susah hati kerana anak keduanya, Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.

Khabarnya, Linda sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk menjalankan ikhtiar mengubati penyakit anaknya menggunakan kedua-dua kaedah moden mahu pun tradisional.



Malahan, beliau baru sahaja membeli ubat berharga RM12,000 untuk kegunaan anaknya itu selama 19 hari.

Rezaiman pernah terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu sebelum ini dan sedang kini menerima rawatan lanjut di rumah.

Beliau amat berterima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama berasa malu dan risau andai dianggap mengambil kesempatan atas keadaan anaknya.

“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya,” ujarnya.

Namun, ibu mana yang sanggup berdiam diri bila anak sedang sakit kan? Kami doakan semoga anak Linda cepat sembuh.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan kepada Rezaiman, anda boleh melakukan pemindahan wang ke :

Akaun ASB
Rezaiman Keiflin
Nombor Akaun : 167579162
Nombor Kad Pengenalan : 002120 -114- 0927
Akaun Maybank
Azlinda binti Rafar : 114253247661 Maybank


0 Response to "Linda Rafar Terima Ketentuan Illahi Anak Disahkan Ketumbuhan Kronik"

Post a Comment