Teman Wanita Co-Pilot MH370 Fariq Abdul Hamid Diberi Cuti Sebulan Oleh Air Asia



Nadira, kekasih Fariq Abdul Hamid Co-pilot MH370 - Berita kehilangan pesawat MH370 memberi tamparan hebat kepada teman wanita pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid, 27, dikenali Nadira Ramli, 26. 

Nadira yang merupakan juruterbang pesawat AirAsia telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri dalam menghadapi situasi kehilangan pesawat MH370 yang mana kekasihnya turut sama terlibat. Nadira merupakan anak bongsu kepada Ramli Ibrahim, salah seorang juruterbang kanan MAS.

Nadira kini dilaporkan berada disisi ibu Fariq di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur. Fariq yang memulakan kerjayanya dengan MAS pada tahun 2007 mengenali Nadira selama sembilan tahun dan berkenalan semasa belajar di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi Kedah.

Kenalan rapat menyifatkan Nadira sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya.

Pelabagi spekulasi mengenai pembantu juruterbang itu telah timbul yang disensasikan oleh media barat membuatkan emosi Nadira dan keluarga Fariq terganggu. Nadira memberitahu keluarganya supaya tidak mempercayai laporan negatif tersebut.

Sebagai informasi tambahan, syarikat penerbangan Air Asia mempunyai juruterbang wanita paling ramai di Asean dan mempunyai juruterbang wanita berpangkat Kapten pertama di Asean iaitu Kapten Noarshikin Onn.

Nadira dan Fariq dilaporkan telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun ia mungkin tertangguh seketika sementara menunggu kepulangan semula pembantu juruterbang itu.


0 Response to "Teman Wanita Co-Pilot MH370 Fariq Abdul Hamid Diberi Cuti Sebulan Oleh Air Asia "

Post a Comment