Kisah Benar Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang



Kisah Benar Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang 

Kisah ini dipetik dari page facebook untuk dijadikan tauladan. Semoga kisah ini memberi sejuta manfaat dan kebaikan kepada para pembaca semua. Ini adalah perkongsian dari seorang wanita dan ianya adalah kisah benar.

Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …

Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..
DIA LUPA, ALLAH ITU ADA
Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.
Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..
x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.
tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.
ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi…macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..
Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!
ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..
Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah….berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!
Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..’abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati’ suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.
Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??
suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.
Mmg,sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..
Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang…sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..
Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..
Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?
Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..
Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~
Allah.. Allah.. Allah..

Via-Fuh.My

21 Responses to "Kisah Benar Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang"

  1. Salam puan..anda beruntung suami anda hanya curang sekali..tetapi tidak bg kami..ayah kami telah berkali2 menghancurkan hati ibu. Saya sendiri pernah terjumpa pelbagai bukti kecurangannya tetapi saya bukukan dlm hati kerana ingin menjaga hati ibu dan supaya keluarga tidak berpecah belah.sehingga hari ini, wpn usia sya sudah 27tahun, perkara ini masih berlaku. Hanya tuhan sahaja yg tahu betapa hancurnya hati seorang anak ini yg terpakse merahsiakan segala yg diketahui untuk memastikan hati ibu tidak terluka..

    ReplyDelete
  2. Lebih dasyat jika suami mmbawa balik musibah dgn segala penyakit berjangkit..ya Allah..lindungi kami smua Ya Allah..

    ReplyDelete
  3. Saya pernah alami apa yg puan alami..

    ReplyDelete
  4. Kisah itu sama seperti apa yg sy lalui...bezanya cuma bekas mak mertua telah mensihirkan sy sehingga sakit tanpa tahu punca. Serta kandungan yg sy kandungkn kosong sehingga terpaksa operation utk dibuang. Disini Sy mghadapi dua situasi iaitu kecurangan dan disihir. Akhirnya sy diceraikan jua.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...sungguh besar dugaan yg pn lalui..sama macam saya...saya sedang lalui apa yg pn lalui. Berendam air mata..makan hati...mak mertua tahu hal ini ttp ibu ayah saya tidak tahu. Saya pendam semuanya drpd mereka. Memang berat dugaan dan sekarang mereka merancang utk berkahwin sebab ingin menanggung dosa2 mereka. Saya akur dan saya tidak mahu bercerai sebab memikirkan hal anak2. Saya bertahan demi 2 org anak saya. Saya sanggup nemaafkan suami tetapi saya tidak boleh terima hakikat lagi bahawa saya akan dimadukan. Saya tidak tahu sampai bila. Saya hanya berdoa dan terus berdoa kpd Allah agar dibukakan hati dan tabah mengharungi segala-galanya.

    ReplyDelete
  6. Salam sis...saya tahu benar rasanye kesakitan itu,coz saya juga telah mengalaminya sejak awal pernikahan 2007 hingga la ke hari ini...kalu ikutkan hati mahu saja penceraian itu berlaku...tapi apakan daya...saya beri suami peluang yang entah keberapa hanya kerana ini adalah permintaan ibu saya sendiri...

    ReplyDelete
  7. Sudah 6 tahun sy mengalami semua ni.. situasi hmpir sama dgn sy... tp suami bkn skali... mlh berkali.. kekuatan sy hnya pd ank.. smpai skrg pn sy mkn hati. Cuma sy yakin.. Allah itu ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah ada.....org yg sabar pasti menang...

      Delete
  8. Pengalaman yg sama. Saya maafkan suami ttp kisah kecurangannya x dpt dilupakan hingga akhir hayat....

    ReplyDelete
  9. Nasib kite sama, malah sy rs puan lbh brnasib baik. Suami sy smpai bwk blk pempuan tu ke rumah kami & lakukannya ats katil kami. Hancur luluh hati sy... Tp sy bg peluang krn sy msh syg. Namun jika brlaku lg, mmg tiada maaf baginya..

    ReplyDelete
  10. Berbagai ujian yg dialami dlm hidup kita..tiada apa yg mampu kita lakukan hanya berdoa pada Allah..cuma mungkin boleh saya kongsikan..air minuman suami, jika berpeluang bacakan surah alfatihah , baca dgn khusyuk, berserta memahami dgn makna hembuskan kedalam air tersebut..mintak lah dgn Allah apa2 jua yg kita kehendaki...insyaAllah ..Allah kabulkan..

    ReplyDelete
  11. saya ingat saya sorang yg mengalami pengalaman pahit begini suami curang dari bertunang sampai lar skrg..pling dahsyst bwk pompuan laen tido di katil saya sendiri n video seks dye yg saya saksikn wlaupuwn pahit tp ditelan jua demi anak2x kdg bile teringat blik mmg saket bg dye perkara biasa sampai skrg masih curang layan pompuan laen masih x berubah masih x bertaubah wlaupuwn allah dah bg musibah iaitu mslh kewangan tp tetap saya yg dipersalahkn ikutkn hati yg marah mmg saya nk akhiri perkahwinan ini tp sape saya untuk menolak qada dan qadar dari allah ..

    ReplyDelete
  12. Cerita puan same mcm sye alami skrg...cme suami sye x melakukan perbuatan curang krna perempuan tu duk jauh...sye hamil skrg kandungan nak masuk 5 bulan..baru jumaat lepas sye dpt tahuu...Allah sentiasa ade bersama isteri yg teraniaya...sye sring dpt petunjuk dlm mmpi..tp sye buat tak tahu..alhamdulillah..suami sye msih pilih sye dan ank2..wlaupun dlm htnye ad rse sdikit syg pd prempuan tu...tp die berusaha nk lpekn prempuan tu...sye hanya mampu berdoa,memohon pd Allah...😢

    ReplyDelete
  13. Salam semua..sy pun penah alami apa yg pn alami. Cuma family kami tak tahu perangai dia. Apa yg sy buat, krn yakin dgn tuhan, tiap kali tidur sy akan doa dlm hati n hembuskan pada umbun2 dia supaya dia insaf. Semua tu takdir dari tuhan. Betul pn cakap, kalau ikutkan nafsu syaitan, mmg nk myk cerai..tapi sy tak sanggup nak hancurkan masjid sy sendiri. Tuhan maha adil. Sy tau ada hikmah tuhan bagi dia utk sy. Mungkin hanya kita je yg tabah hadapi suami2 yg mcm tu.

    ReplyDelete
  14. Bukan kah kalau irg yg dah berkahwin berzina hukummya rejam sampai mati...knapa ya...pasti ada sebab...ermmm boleh ker nk terima lg...

    ReplyDelete
  15. Ya allah mmg ada... semoga dia juga berubah... allah maha besar dan akn memberi petunjuk..

    ReplyDelete
  16. Ya allah mmg ada... semoga dia juga berubah... allah maha besar dan akn memberi petunjuk..

    ReplyDelete
  17. Saya sudah berkali kali dicurangi oleh suami sy sendiri, hingga dia pernh melafazkan utk berkahwin ngn pmpuan tu....... dr kandungan pertama hingga kandungan ke 7......... tp saya tetap bersamanya....... sbb sy ta ALLAH berikansuami yg pd saya disyurga nanti.......in shaa allah........
    Hanya pd ALLAH saya berserah atas segalanya...... Ya ALLAH, jika dia suamiku hingga di syurga, 1knlah hati kami. Jika tidak, jauhkanlah hati kami........ amin ya rabbal a'lamin.......

    ReplyDelete
  18. ya allah...ramai wanita yg mengalami nasib yg sama rupenya...kisah sy telah 10thn berlalu, namun masih belum dpt sy lupakan wpun kami telah berpisah...waktu itu sy hamil ank ke-3, usia kandungan 2bln...kejadian itu berlaku depan ank sulung yg kini telah berusia 15thn....sy merasakan sesuatu telah berlaku di rumah...dr pejabat sy terus pulang ke rumah dn sy dapati dia bersama dgn org lain di dlm bilik dan paling sakit ati, bj yg dipakai adalah bj sy...luluh hati melihat mereka...sy meraung sekuat ati...kisah silam itu kini berulang namun dlam situasi yg berlawanan....sy jd trauma untuk menerima kehadiran lelaki di dlm hidup sy... anak2 yg menjadi kekuatan sy skung...moga Tuhan permudahkan perjalanan hidup sy...amiiiinn..

    ReplyDelete
  19. Kisah yg menyedihkan dan sy pernah diuji sedemikian rupa... Allah membuka hati dan jalan untuk memberitahu siapa sebenarnya suami sy yg ketika itu sudah beranak 3....Allah memberi satu persatu petunjuk siapa sebenarnya dia... memang perit n sakit sangat mengetahui melalui gambar di hp nya bahawa melakukan hubungan terkutuknya Dan situasi sy adalah berbeza dengab anda semua kerana suami sy 'bekerja' dgn lelaki lain di atas katil bilik kami! Azabnya kaum nabi luth diterbalikkan bumi mereka inikan pula seorang suami...puas sy meminta petunjuk Allah namun bukan perpisahan @penceraian yg Allah mahukan.. Sy reda dengan keputusan solat istiharah yg sy lakukan hampir 1 bulan. Sy terima sebagai ujian untuk kita membawa 'balik' suami kita ke pangkal jalan... Alhamdulillah kini suami semakin mendekatkan diri dgn Allah. Sesungguhnya Allah itu ada untuk membantu kita... Yakin dan bersangka baiklah dengan apa yg Allah berikan kepada kita... InsyaAllah hati akan tenang wpun pahit untuk ditelan.

    ReplyDelete