Penunggang Motosikal Maut Bertembung Lori

POKOK SENA - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pokok Sena-Kuala Nerang kira-kira jam 12.35 tengah hari hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Reduan Rosidi, 31, menunggang motosikal dari arah Kuala Nerang memasuki laluan lori yang datang dari arah bertentangan.


"Mangsa yang berasal dari Kampung Nai Teh, Kuala Nerang meninggal di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Ayob Abdul Talib berkata, beliau mengekori motosikal yang dinaiki mangsa sebelum kejadian.

Beliau terkejut melihat motosikal itu tiba-tiba masuk ke arah bertentangan dan pemandu lori tidak sempat mengelak.

"Saya kemudian memberhentikan motosikal di tepi jalan untuk menolong mangsa.

"Sewaktu menghampiri lokasi, mangsa menggeletar dan meninggal lebih kurang lima minit kemudian," katanya.

Via-Sinar

0 Response to "Penunggang Motosikal Maut Bertembung Lori"

Post a Comment