Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Jutaan tahniah diucapkan buat Liyana Jasmay dan suami, Fathuddin Mazlan yang telah selamat menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka yang pertama semalam. Bayi perempuan itu telah dilahirkan di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 7.40 malam secara normal. Bayi dan ibu kedua-duanya berada di dalam keadaan baik.

Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.




“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

“Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal,” katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin.


Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.


Pastinya kehadiran si puteri ini akan menceriakan dan memeriahkan lagi kehidupan Liyana Jasmay dan suami. Selamat datang ke alam ibu bapa. Semoga sang puteri membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Tahniah sekali lagi.

0 Response to "Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Anak Perempuan"

Post a Comment