Sekeping gambar salinan laporan polis oleh seorang lelaki melayu islam, Mohd Said yang mendakwa bacaan tahrim dan laungan azan subuh menganggu tidurnya di tersebar di media sosial sejak semalam lagi.
Dalam salinan laporan polis itu, lelaki berkenaan mendakwa pada jam 5.45 pagi pada 8 April yang lalu, ketika sedang tidur nyenyak di rumahnya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang, dia telah terjaga akibat bacaan tahrim dan laungan azan yang kuat.
Lelaki yang berusia 56 tahun iitu bekerja di sebuah kilang mendakwa bunyi pembesar suara daripada masjid di Jalan Perjiranan, Pasir gudang terlalu kuat sehingga membuatkan dia tidak selesa dan terganggu.
Lelaki itu juga dikatakan telah melaporkan perkara berkenaan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran, Pasir Gudang selain berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum bertindak membuat laporan polis.
Kesan dari tersebarnya laporan polis tersebut di laman media sosial, UMNO bahagian kawasan berkenaan dan NGO turun padang menemui Mohd Said di rumahnya untuk memberi nasihat sepatah dua kata.
Kehadiran mereka ke tempat kediaman Mohd Said diikuti dengan pihak polis. Mungkin bimbang perkara yang luar biasa pula akan terjadi.
Namun mereka hanya mengantungkan sekeping kad manila yang ditulis dengan mesej berbunyi:
"Kalau tak nak dengar Azan, pindah saja."
"Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mahu dengar azan. Faham... Jangan campur dengan masyarakat dan kawan dengan monyet atau jadi orang hutan"
Namun, menurut blogger akakdisebalikpintu.blogspot.com, Mohd Said ini adalah ahli PAS seumur hidup. Tindakannya membuat laporan polis itu dilihat sangat tidak wajar dengan pegangan politik yang dipegangnya.
Berlainan dengan seorang lelaki yang bukan islam yang berkongsikan pandangannya mengenai laungan azan.
Via-MyMediaHub
Kalau nak nasihat org mcm ni x perlu la berkasar bahasa sgt..ikut cara Rasulullah..
ReplyDeleteAdakah itu caranya menasihati orang? Penganut agama lain pernah beitahu saya sendiri "we always approach with love"..
ReplyDeleteMungkin kita patut fahami kes dia (berada dlm situasi dia, amik tau kenapa dia terganggu) Baru kita patut ambil keputusan nak menghukum.... Mungkin lah..
ReplyDeleteKenapa kne sebut parti politik yg dia sokong?????adakah parti tu yg ajar dia jadi mcmtu????
ReplyDelete