” Dah Lama Orang Ingat Saya Gay ” – Fahrin Ahmad


Pelakon Fahrin Ahmad mendedahkan dirinya sering kali dianggap meminati kaum sejenis disebabkan dirinya masih lagi belum berumah tangga biarpun usianya kini sudah menginjak 35 tahun.

Dan disebabkan perkara tersebut, pelakon berbadan sasa itu mengakui ada menerima mesej yang mengandungi gambar berunsur seks daripada peminatnya, baru-baru ini.



Memetik kenyataan dalam portal Murai, Fahrin berkata, “sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti”.

“Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya.

“Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta,”katanya lagi.

Aduh, tak pasal-pasal Fahrin dicop gay hanya kerana tak kahwin lagi, sabar je la Fahrin oi.

Kalau betul Fahrin meminati kaum sejenis, tidaklah dulu dia pernah dikaitkan bercinta dengan ramai selebriti cantik antaranya Scha Alyahya dan Linda Onn.

Via – SiakapKeli.com

0 Response to " ” Dah Lama Orang Ingat Saya Gay ” – Fahrin Ahmad"

Post a Comment