Bella Dally, kenal nama itu? Gadis ini merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan dikenali sebagai bekas kekasih kepada pelakon Nazim Othman. Didapati dia telah membuang semua gambarnya yang menampakkan rambutnya dari semua laman sosial dan kini telah tampil bertudung sepenuhnya.
Namun, adakah Bella Dally sudah sah berhijrah? Atau ianya sekadar cuba-cuba dan gimik semata-mata?
Ada juga yang berkata perpisahannya dengan Nazim baru-baru ini menyumbang kepada punca penghijrahannya ini. Betul atau tidak, kami pun tidak pasti. Tapi, kami cubalah berfikiran positif kan.
Bimbangnya kalau ianya sekadar percubaan untuk watak lakonan dalam drama atau filem seterusnya yang memerlukannya untuk bertudung. Kalau ye, memang kecewalah kan para peminat yang sudah mula memuji?
Tapi kalau benar Bella sudah benar berhijrah, kami ucapkan tahniah atau perubahan positif ini dan berdoa semoga dia terus istiqamah untuk terus memakai tudung. Tidak dinafikan dia kelihatan manis.
Makin ramailah nampaknya selebriti tempatan yang mula berhijrah di usia muda. Siapa pula lagi seterusnya? Kita tunggu dan lihat
0 Response to "Bella Dally Sah Berhijrah Kerana Berpisah Dengan Nazim Othman?"
Post a Comment