Anzalna Dilayan Seperti Wanita Jijik & Kotor Oleh Pelakon Lelaki ???

Apa pula kisah yang membabitkan Anzalna kali ini. Meskipun baru setahun jagung di industri ini, Anzalna dilihat banyak (kira banyak juga) terlibat dengan kontroversi² panas yang boleh menjejaskan imejnya sendiri.



Silap dari dirinya atau lawannya, kita tidak tahu. Tetapi baru-baru ini, Anzalna diperlakukan seperti wanita jijik dan kotor oleh seorang pelakon lelaki disebabkan perang dingin yang lalu masih belum selesai. 

Siapakah pelakon lelaki yang dimaksudkan itu? Shah Iskandar kah? 



Anzalna pada oktober tahun lalu mempertahankan maruah kakaknya, Diana Nasir setelah dia dilabelkan 'syok sendiri' apabila Shah Iskandar menafikan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan cinta sedangkan Diana mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan dia dengan Shah Iskandar intim.

Adakah Shah Iskandar yang dimaksudkan oleh Miss J, wartawan hiburan Utusan Malaysia?


Via-MyMediaHub

0 Response to "Anzalna Dilayan Seperti Wanita Jijik & Kotor Oleh Pelakon Lelaki ???"

Post a Comment