529 Penyokong Morsi dihukum Mati

24 Mac 2014.
1) MH370 disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia terhempas di Lautan Hindi 
2) 529 orang ahli ikhwan al muslimin & penyokong bekas Presiden Dr Morsi termasuk Murshidul 'Am nya Dr. Badi' dijatuhkan hukuman mati oleh Kerajaan perampas Mesir .

Innalillahiwainnailaihirajiun.
"Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali."


Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.

Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.


Salah seorang pelajar dari 529 yg dihukum mati di Mesir memeluk kakaknya di mahkamah. 

Ya Allah kau tenangkanlah mereka yg terseksa dan yg ditindas di seluruh dunia. Jom sama sama Aminkan....

0 Response to "529 Penyokong Morsi dihukum Mati"

Post a Comment