Akhirnya Bojan Hodak Jadi Pengurus JDT 2014

Desas desus kisah mengenai bekas jurulatih Kelantan yang sebelum ini menjadi tanda tanya pelbagai pihak akhirnya terjawab apabila Bojan Hodak dilantik selaku Pengurus Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).



Kenyataan yang dipetik dari laman rasmi Johor Southern Tigers mengesahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melantik jurulatih berusia 42 tahun itu selepas kehadiran ke beberapa perlawanan melibatkan JDT mendapat perhatian media.



Manakala kedudukan jurulatih dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jimenez kekal sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan.


“Pengalaman luas Bojan dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan-pasukan tempatan serta berjaya menjuarai beberapa piala sebelum ini, pastinya dapat membantu Jimenez dari segi informasi dan pemahaman mengenai bola sepak Malaysia lantas membolehkan beliau mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman beliau di Eropah ke dalam kancah bola sepak Negara.

“Kehadiran Bojan adalah untuk membantu Jimenez dalam memberi informasi mendalam tentang pasukan dan pemain pihak lawan. Jimenez akan terus menggalas tanggungjawab menyusun taktikal pasukan, falsafah permainan, pembangunan bola sepak dan lain-lain buat pasukan JDT,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Bojan memberitahu beliau menyertai JDT selepas teruja dengan pelan jangka panjang yang dirancang PBNJ untuk pasukan itu.



Bagaimanapun anak kelahiran Croatia itu, tidak mendedahkan tempoh kontraknya bersama JDT.

“Ketika berbual bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, saya tertarik dengan perancangan jangka panjang yang dimilikinya.

“Setelah menyatakan persetujuan, saya bertanggungjawab sebagai pengurus pasukan JDT mulai hari ini (semalam),” katanya.

p/s : Apapun admin ucapkan selamat maju jaya buat jurulatih dan pasukan.

0 Response to "Akhirnya Bojan Hodak Jadi Pengurus JDT 2014"

Post a Comment