BONUS RM500 Penjawat Awam Untuk Hari Raya 2014

Alhamdulillah rezeki nak berhari raya PM kita umumkan Dato Seri Najib bagi bonus nak Berhari Raya.hehe. Ikuti laporannya dibawah :

Penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri. 



Seramai 684,000 pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas sama bernilai RM250 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai ini. 



Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan petang ini. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. 

"Kerajaan berharap dengan bauaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," katanya.

P/s : Dapat RM500 Jangan boros... Bagi sikit pada ibuayah.Peace...

0 Response to "BONUS RM500 Penjawat Awam Untuk Hari Raya 2014"

Post a Comment