Riba Satu Kewajipan Umat Islam Sekarang?


Riba satu kewajipan Umat Islam Sekarang? Ini adalah satu persoalan yang agak “keras” dan mungkin ada yang tidak setuju dengan tajuk ini tetapi itulah hakikat sebenar yang berlaku pada hari ini. Kenapa saya katakan sebegini? Ini adalah kerana ramai masyarakat di Malaysia khususnya tidak mengerti apa itu konsep riba.

Riba dalam bahasa Arab bermaksud “tambahan atau tumbuh”. Pengertian ini dapat difahami dalam Surah Ar-Rum 30:39 yang bermaksud:

Dan apa-apa wang yang kamu berikan dengan riba(tambahan, bunga), agar bertambah banyak harta manusia, maka tidaklah wang itu bertambah banyak di sisi Allah. Dan apa-apa(zakat) yang kamu berikan(kepada orang), kerana menghendaki keredaan Allah, maka itulah yang berlipatganda.

Jika kita lihat di Malaysia sendiri riba seolah-0lah seperti perkara biasa dan menjadi satu kewajipan untuk sebarang pinjaman bank. Ayat penyedap yang selalu digunakan bagi menenggelamkan “riba” adalah “interest”. Interest atau faedah seolah-olah menjadi suatu kemestian dikenakan kepada peminjan wang dari bank. Oleh itu, perkataan “riba” itu sendiri secara tidak langsung menjadi satu kewajipan untuk peminjam wang. Di dalam Islam “riba” adalah sesuatu yang keji dan dilarang sekeras-kerasya tetapi dunia sekarang telah menjadikan penindasan ini(riba) sebagai sesuatu perkara biasa. Untuk mendapatkan pinjaman bank seharusnya atau wajib ada interest=riba.

Walaupun Malaysia mempunyai sistem perbankan Islam tetapi berapa ramai diantara kita(orang Islam) menggunakan perkhidmatan ini? Ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan perbankan Islam dan ada juga antara kita langsung tidak tahu apa itu perbankan Islam. Sungguh sedih dengan keadaan negara kita pada hari ini. Riba menjadi sesuatu yang biasa dan wajib walha riba itu perkara yang keji dan dibenci oleh Allah.

Sama-sama kita muhasabah diri kita dan berhati-hati dalam mengambil pinjaman dari bank. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dikeji oleh Allah.

1 Response to " Riba Satu Kewajipan Umat Islam Sekarang?"

  1. Perbankan islam pun riba..cuma rebranding je.http://m.youtube.com/watch?v=2crIEFzZzMo

    ReplyDelete