Neymar Brazil Nak Ledak 10 Gol Bertemu Mexico!!!


Betulke? Neymar nak boloskan 10 Gol ? Nak buat Mexico menangis la tu.
Dua pasukan ‘favourite’ Kumpulan A Piala Dunia 2014 iaitu Brazil dan Mexico bakal bertarung jam 3.00 pagi nanti.

Perlawanan tersebut akan menentukan siapa yang menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan kedua setelah kedua-duanya menang pada perlawanan di antara Croatia dan Cameroon minggu lalu. 

Brazil yang menjadi tuan rumah kejohanan ini telah menundukkan Croatia 3-1 dalam perlawanan pembuka tirai dengan penalti yang dilihat sebagai kontroversi oleh sesetengah pihak.



Meskipun ‘kontroversi’, kehebatan Neymar serta suntikan hantaran-hantaran cantik oleh Oscar telah berjaya mendiamkan pasukan lawan dan juga para peminat bolasepak dunia.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari dijangka melakukan beberapa pertukaran malam ini termasuk Hulk yang mengalami kecederaan pada sesi latihan baru-baru ini, serta Paulinho yang mungkin dilihat tidak begitu mantap dalam persembahannya pada perlawanan lepas.

Pasukan Mexico mungkin merasakan ini adalah perlawanan yang sukar bagi mereka, dan berharap agar pemain-pemainnya dapat bertahan daripada dibolosi serangan pemain-pemain Brazil yang licik.

Bagaimanapun pengurus Mexico, Miguel Herrera amat optimis tentang perlawanan pagi nanti. Dalam kenyataannya, Herrera berkata dia tidak terancam dengan kehebatan Brazil.

Herrera yang dijangka akan menggunakan formula yang sama dengan perlawanan di antara Cameroon Jumaat lalu, yakin pasukannya mampu menewaskan Brazil kerana mereka telah pun melakukannya sebelum ini seperti yang dilakukan pada pusingan final Olimpik 2012.

Penyerang mereka, Oribe Peralta akan digadingkan lagi dengan Giovani Dos Santos bagi kombinasi penyerangan yang mantap bagi pasukan El Tri itu.

Perlawanan dijangka sengit dengan lebih separuh permainan didominasi oleh Brazil yang akan sentiasa mencari ruang bagi membolosi benteng pertahanan Mexico. Mexico pula akan lebih banyak melakukan pertahanan berbanding serangan.


0 Response to "Neymar Brazil Nak Ledak 10 Gol Bertemu Mexico!!!"

Post a Comment