5 Sebab Sepanyol Balik Awal Piala Dunia 2014

Sepanyol menjadi pasukan kelima yang tersingkir di peringkat pertama Piala Dunia selepas tewas mengejut 2-0 kepada Chile awal pagi tadi.



AFP Sports menyenaraikan lima sebab malang aksi penyandang juara itu di Brazil.

1. Masih mengekalkan pemain veteran

Selepas tewas 5-1 kepada pasukan Belanda, jurulatih Vicente del Bosque terpaksa bertindak menggugurkan Xavi Hernandez dan Gerard Pique, dengan menggantikannya kepada Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.

Walaubagaimanapun, nafas baru bagi pasukan Sepanyol sepatutnya sudah bermula sejak awal lagi. Pemain seperti pemain midfield Atletico Madrid, Keko yang sentiasa tampil penuh bersemangat, agak terlewat dimasukkan ke dalam pasukan.
Adakah mungkin bergantung harap terhadap Iker Casillas satu percaturan salah? Kapten pasukan ini mempunyai ‘track record’ cemerlang, namun Casillas tidak bermain kerap dengan pasukan Real Madrid dan Del Bosque memiliki alternatif dalam mencatur bahagian gol, tanpa bantuan Victor Valdes yang mengalami kecederaan buku lali.

2. Pertahanan titik lemah

Jika semua menuding jari terhadapnya, Casillas mungkin akan memberikan respon sistem pertahanan depan hanya patut menerima kritikan. Walaubagaimanapun, kemenangan Sepanyol di Euro 2012 dan 2010 adalah kerana pertahanan yang ketat. 
 


Inspirasi Carles Puyol tidak diendahkan. Pique dan Sergio Ramos adalah faktor utama pertahanan bek tengah, namun buat masa ini, Javi Martinez telah membuktikan sebagai titik lemah pertahanan terutamanya ketika pasukan berdepan dengan Chile.

Di antara Belanda dan Chile, Sepanyol muncul gah dengan formula luarbiasa dan tidak mampu untuk bertahan sehingga tujuh gol membolosi tiang gol pihak lawan dalam dua permainan.

3. Pemilihan Diego Costa

Apabila Del Bosque berjaya memujuk Diego Costa untuk ‘berpaling arah’ dari negara kelahirannya Brazil, tidak dapat dinafikan bintang Atletico Madrid itu sepatutnya diserap ke barisan permulaan.

Namun, Sepanyol tidak mampu memujuk penyerang itu untuk mengadaptasi stail permainan pasukan itu. Costa perlu lebih berani untuk memberikan impak, namun dia kelihatan seolah-olah gentar dengan corak permainan tiga pemain pertahanan Chile.

Diego gagal mempamerkan gerak yang menyakinkan sewaktu beraksi, tidak gembira apabila seolah-olah ‘diejek’ Selecao dengan jeritan di Salvador dan Rio de Janeiro.

4. Gagal untuk mengadaptasi 


Secara umum, Sepanyol bersalah kerana terlalu berharap dengan sistem yang agak lapuk. Teknik permainan La Roja disesuaikan denga teknik Barcelona di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Kejatuhan Barcelona baru-baru ini dan cara Guardiola dari Bayern Munich dikecam dengan kehebatan Real Madril dalam pertempuran separuh akhir ketika beraksi di Champions League musim bunga baru-baru ini. Mungkinkah hari-hari kegemilangan ‘tiki-taka’ semakin berakhir?

Percaturan Chile dalam menundukkan Sepanyol, menyebabkan tekanan dan kesilapan hantaran bola sering berlaku yang menyebabkan mereka gagal mengawal bola.

5. Bermain di Amerika Selatan

Agak sukar bagi sesebuah pasukan dari Eropah untuk memenangi trofi Piala Dunia jika bermain di benua Amerika, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Permulaan kepada duka pasukan Sepanyol bermula di Maracana setahun yang lalu, bila mana mereka tewas kepada Brazil di akhir Piala Konfederasi dan kejatuhan itu semakin berterusan.

Setiap pasukan dari Amerika Selatan menerima sokongan padu daripada penyokong mereka yang hadir ke Brazil. Kekalahan 5-1 Sepanyol kepada pasukan Netherlands memberi tekanan kepada pasukan itu untuk mendapat kemenangan daripada Chile, yang menerima sokongan padu daripada penyokong mereka, menjadikan stadium seperti stadium tuan rumah.

0 Response to "5 Sebab Sepanyol Balik Awal Piala Dunia 2014"

Post a Comment