Suami Tiada Perasaan, Isteri Masih Dara Selepas Berkahwin 7 Tahun


Salam

Saya berumur 32 tahun. Saya berkahwin selama 8 tahun atas dasar cinta. Namun kami masih tidak ada anak.

Suami tidak menjalankan tangungjawab hakiki seorang suami iaitu menguruskan perbelanjaan rumahtangga seperti membayar semua bil, membeli makanan dan pakaian serta tidak memberi nafkah zahir. Disebabkan suami tidak cukup wang kerana membayar ansuran kereta pada setiap bulan, semua perbelanjaan rumahtangga, saya yang uruskan. Bagaikan saya pula seorang suami.


Apa yang lebih menyedihkan, suami tidak pernah memberi nafkah batin selama 7 tahun kerana suami tidak dapat menerima saya seadanya. Suami tidak dapat menerima kekurangan, kelemahan dan keburukan saya. Suami juga pernah memberitahu bahawa suami tiada perasaan terhadap saya. Oleh itu, saya tidak mempunyai anak. Kawan-kawan di tempat kerja, saudara mara di kampung saya dan suami menghina saya, kata mereka saya mandul, tidak mahu anak dan sebagainya. Saya sebenarnya masih anak dara.

Suami mempunyai perempuan lain. Sepanjang saya berkahwin dengan suami, lebih 10 perempuan wujud dalam rumahtangga kami. Tidak kiralah anak dara orang, bini orang anak 5 dan yang terbaru janda anak 2. Apa yang saya nampak, suami betul serius dengan janda anak 2 ini. Mereka selalu SMS, berjumpa sampai pukul 2 pagi. Menyimpan gambar bini orang anak 5 dan janda anak 2 dalam telefon. Sebelum berkahwin, saya pun tidak tahu suami berperangai seperti ini. Selepas berkahwin selama 6 bulan, baru saya tahu suami kaki perempuan. Saya akui, suami memang ‘mulut manis’ dengan semua perempuan.

Suami juga suka ‘bluetooth’ video lucah dalam telefon, tidak solat, tidak berpuasa malahan tidak solat Jumaat.

Segala cadangan dan nasihat anda amatlah dihargai.

Terima kasih.

























3 Responses to "Suami Tiada Perasaan, Isteri Masih Dara Selepas Berkahwin 7 Tahun"

  1. bkn ke pkahwinn puan ni ats dasar cinta?mcm ner pula suami xdpt trima seadanya?

    ReplyDelete
  2. Buat apa buang masa 7 tahun dgn lelaki mcm tu...dunia ini luas...buat solat istikharah mohon Allah samada utk terus dgn perkhawinan ini atau tinggalkan suami durjana tu..tak berbaloi nak pertahankan perkahwinan awak tu.

    ReplyDelete
  3. macam la suaminya tu sempurna sangat..sedangkan tanggung jwb sbg suami n hamba Allah pon x buat. Apa nk simpan suami mcm ni..7thn yg sia2 kamu yg mmbela suami yg langsung x ada hati kat kamu..rasa mcm x logik..ke kisah ni rekaan semata2

    ReplyDelete