Gara-gara terlibat sebagai artis panel jemputan dalam forum agama, Neelofa telah dikritik oleh segelintir pihak sebagai tidak layak berceramah. Namun, itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus melibatkan diri dalam majlis ilmu atau keagamaan.
"Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.
"Cuma kebelakangan ini sahaja beberapa teman ‘posting’ gambar-gambar saya di Instagram membuatkan ramai yang menilai saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tambah pengacara Nona itu, dia tidak akan membuat sesuatu di luar bidang kuasanya dan akan terus menerus menimba ilmu agama secara berterusan.
"Saya dijemput sebagai panel di forum tersebut bukanlah untuk memberikan pendapat mengenai agama. Namun, ia berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya ceburi. Lagipun, saya tahu saya memang belum arif tentang agama jadi memang saya takkan berikan pandangan saya dalam hal keagamaan," katanya.
Terdahulu ketika ditanya mengenai pemakaian hijab, Neelofa berkata, semua orang memang ingin berubah ke arah kebaikan, begitu juga dirinya.
"Memang semua orang akan berfikir begitu, termasuk juga saya. Namun, saya akan usahakan sedikit demi sedikit sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijab," katanya.
Via-MyArtis
Comel sungguh bila dia bertudung.
ReplyDelete