Restoran Mamak, ada di merata-rata Malaysia dan seringkali mendapat sambutan orang ramai. Ini kerana hampir kesemua restoran mereka beroperasi 24 jam. Bahkan, Restoran Mamak terkenal dengan perkhidmatan yang cepat dan mengutamakan masa menunggu pelanggan mereka.
Tetapi, di dalam keghairahan mengejarkan keuntungan dari pelanggan, mereka seringkali terlupa akan soal kebersihan.
Masalah seperti ini bukan kali pertama berlaku, malah sudah banyak kali dikongsikan di laman-laman sosial. Bukan berniat hendak memburukan perniagaan bangsa mereka, tetapi untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa apa yang didakwa selama ini adalah benar.
Terbaru, 7 jam yang lalu tersebarnya sebuah video yang menunjukkan seorang pelanggan terkejut dengan penemuan ulat dari hidangan yang dipesan olehnya pada pagi itu di sebuah restoran mamak terkemuka di Taman Sekudai Ria, Skudai JB.
Terkejut bukan main kepalang, ulat berlegar-legar di dalam pinggannya dengan begitu banyak sekali. Jika seekor ulat sudah membuatkan kita berasa loya tekak, apatah lagi jika berpuluh-puluh ekor ulat di dalam pinggan anda?
Setelah menonton video pendedahan ini, apakah anda masih akan berkunjung ke restoran mamak lagi selepas ini?
Via - My Media Hub
0 Response to "Meloyakan Tekak! Video Bukti Restoran Mamak Sajikan Makanan Berulat "
Post a Comment