Lelaki Terberak Dalam Bas Ekspres,Penumpang Marah Tak Tahan


Satu kejadian yang amat menggelikan hati berlaku di Sabah beberapa hari lalu apabila seorang lelaki dewasa didapati terberak dalam seluar di dalam sebuah Bas Ekspress Manis.



Seorang pengguna Facebook yang juga penumpang bas tersebut menceritakan kejadian yang dianggapnya sebagai "Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan".

Johan A. Delvo, memuat naik dua keping gambar menunjukkan Bas Ekspress tersebut yang terpaksa berhenti di bahu jalan setelah menempuh perjalanan selama 2 jam dari Kota Kinabalu. Penumpang yang tidak tahan menghidu bau busuk di dalam bas tersebut terpaksa keluar untuk mendapatkan udara segar.


Tambah beliau lagi, kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi penumpang dan ada di antaranya yang marah atas sikap tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.

Namun, setelah selesai membersihkan diri di tandas bas itu, lelaki berkenaan memohon maaf kepada semua penumpang yang ada. Akhirnya, rata-rata penumpang tidak dapat menahan ketawa dan setelah bas itu kembali meneruskan perjalanan, masih ramai yang tidak kering gusi mengenangkan peristiwa bersejarah itu.



Bas Ekspress Manis beroperasi dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu dan Semporna dan akan mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam untuk sampai ke destinasi.

Lagi Gambar:




Via-TTO

0 Response to "Lelaki Terberak Dalam Bas Ekspres,Penumpang Marah Tak Tahan"

Post a Comment