Dah lama tidak dengar pasal Artis dan Penyayi comel Heliza Helmi.
Menceritakan pengalamannya baru-baru ini yang menyertai misi ke Syria yang ditaja sepenuhnya oleh Muslim Care membuatkan dia sedih dan sebak melihat penderitaan yang dialami oleh umat Islam di sana.
“Saya ke sana bersama-sama dengan beberapa orang artis yang lain seperti Salima Habibi, dan Unic yang ditaja sepenuhnya oleh Muslim Care. Tujuan kami adalah untuk mengumpul dana dan melalui dana tersebut kita saluran bantuan kepada mereka,” katanya memulakan perbualan.
Tambahnya lagi, sebaik sahaja sampai di Syria, dia agak terkejut apabila melihatkan perkampungan pelarian mereka yang begitu daif sekali sehinggakan dia berasakan sebak dan sedih melihat kedaifan mereka.
“Saya terkejut apabila pertama kali sampai di sana melihatkan perkampungan pelarian mereka yang begitu daif sekali dengan beratapkan khemah yang bocor dan juga saluran air yang tercemar. Begitu kasihan sekali melihat mereka menderita akibat peperangan. Bersyukurlah kerana negara kita masih aman dan tenteram,” ujarnya.
Sementara itu, Heliza juga turut memberikan sedikit komen mengenai fesyen berhijab dan juga bagi orang yang mahu memulakan proses untuk berhijab.
“Orang yang baru nak berhijab kita kena sokong mereka dan di situlah pentingnya motivasi oleh orang-orang di sekeliling untuk mengajar cara pemakaian yang betul. Banyak cara untuk kita menegur tetapi bukan menghukum. Biarlah kita tegur-menegur secara berhikmah dan dengan ini sedikit demi sedikit mereka akan memakainya dengan ada yang betul dan teratur mengikut lunas-lunas Islam,” katanya.
Menceritakan mengenai perkembangan seninya pula, dia kini dalam proses untuk menyiapkan album solonya dan juga album yang berkoloborasi bersama dengan Salima Habibi. Selain itu, dia juga aktif dalam bidang pengacaraan.
P/s : Kalau Kak Heliza boleh beri bantuan kita sebagai saudara seislam juga bagaimana? Fikir2kanlah.
0 Response to "Heliza Helmi Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Bumi Syria"
Post a Comment