#GST: "Nak Macam-Macam Tetapi Tak Nak Bayar"


Maaf semua. Saya sokong GST kerana ia satu mekanisma untuk memajukan negara. Ia akan berjaya JIKA KETIRISAN DAPAT DIBANTERAS (kena CAPS pasal ramai tak baca yang ni terus bersilat) terus dalam sistem kerajaan dari akar hingga ke pucuknya. Nak GST 15% pun saya sokong. GST negara-negara Scandinavia antara yang tertinggi dan mereka boleh berikan khidmat perubatan dan pendidikan terbaik dunia SECARA PERCUMA.


Be realistic, kita mahu semuanya seperti di Sweden atau di Finland tetapi kita tak mahu bayar seperti mana mereka bayar. Of course lah yer, mungkin di sana ada rasuah-rasuah juga cuma taklah seteruk di Malaysia yang rasuahnya berlaku di setiap pintu. Sampaikan office-boy yang hantar dokumen pun kena bagi "duit kopi" kalau tak...dokumen DELAY (lepas sebulan kita follow-up dia kata "maaf incik sila hantar semula inbois kerana inbois lama incik hilang lah").

TAMBAHAN (Edited mengikut respond komen) :

Isu katanya orang miskin pun kena GST. Sekarang tanpa GST pun orang miskin tetap miskin dan kerajaan lebih-lebih dapat bagi BR1M tapi tak mampu beri pendidikan terbaik untuk anak miskin jadi pandai dan keluar dari kemiskinan. GST itu satu peratusan, sekiranya yang miskin pun terbeban dengan GST, pastinya kerajaan yang telus akan mengembalikan GST yang diambil JUGA dari Si Kaya untuk menampung kehilangan 6% dalam harga barang yang terbeban kepada Si Miskin. Ini sama soal ayam atau telur dahulu yang jika nak dipersoalkan, tak mungkin akan habis.

Sini kata kEna GST baru boleh bantu orang miskin. Sana pula kata, kena GST orang miskin jadi lagi miskin. Maaf cakap, dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni, Pakatan Rakyat pun akan laksana GST mungkin pada nama yang lain tetapi ia tetap macam GST juga. Kita ni semua perlu bijak agar tidak terhanyut dengan perkara baik yang dipolitikkan sehingga rasionalnya hilang kerana ketaksuban pro-pro mereka.

Soal orang miskin atau kaya, janganlah ingat saya tak pernah miskin. Saya tak lahir sebagai anak Perdana Menteri atau anak taikon niaga mega-mega. Pernah hidup dengan biasiswa RM300 sebulan (tanpa bantuan lain) juga kecukupan dan gembira. Bila bekerja dengan gaji rendah juga kecukupan akhirnya. Bila dah berusaha dan berjaya dalam niaga dengan wang yang lebih banyak juga masih tetap mencukupi. Itu bukan soal miskin atau kaya tetapi bagaimana kita ukur diri sendiri.

Jangan ikutkan nafsu Cik Bedah sebelah rumah tukar Estima kita yang ada Alza pun sibuk nak trade-in beli Alphard. Tepuk saku sendiri dan ubah carahidup mengikut kemampuan. Jika tidak cukup, gandakan usaha dan bukan gandakan menuding jari mencari salah orang lain. Ya betul PM dan kerajaan yang boros, tapi...apa daya usaha kita merubah keadaan dalam lingkungan kita sendiri atau nak terus menerus menyalahkan orang?

Tiada yang miskin jika tahu mengukur diri. Dunia memang tidak adil jika dipandang hanya pada harta. Jika mahu adil pada aspek harta, pasti Allah dah jadikan semuanya sama kaya. Tapi tak semestinya taikon kaya dengan kilang dan kapal itu lebih gembira dari seorang pemandu lori.

VIA-SAIFUL NANG|MMH

Kita tak pilih hijau
Kita tak pilih merah
Kita tak pilih biru air laut
kita tak pilih biru pekat

Kita PILIH mana yang BAIK setelah mata dan telinga dibuka kedua-dua belah kiri dan kanannya.

0 Response to "#GST: "Nak Macam-Macam Tetapi Tak Nak Bayar""

Post a Comment