EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal

Jom ikuti pendedahan dan pendapat dari seorang penulis berkaitan Tudung Berjenama dibawah :



Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000.

Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.


2) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?


3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.


5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Via : Sumber 

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

48 Responses to "EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal"

  1. Hahaha so mengarutlah bang...

    ReplyDelete
  2. tudung tak tutup dada

    ReplyDelete
  3. Aduyai..lawak pepagi ni....betul2 klaka!!

    ReplyDelete
  4. hahah baik nyer sindir

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Alamak terdelete lk..

    ""Yg ni mmg lawak yg plg terbaek bang""

    Hahaha..serius shit lawak

    ReplyDelete
  7. ermmmm... yer ker sampai ada kain antivirus dan anti hapak...? ada x kain klu kena hujan x basah...? masa ujan duk tempat teduh memang lar x basah lencun... ayu dan cun lagi...
    **** kena g makmal dlu celup ubat antivirus dan anti hapak br boleh buat tudung... ;-)

    ReplyDelete
  8. kalo tudung mahal2 tapi masih xmenutup aurat nak buat mende......

    ReplyDelete
  9. YG NASYID TU..KENE BAYA ROYALTI KER..JGN PERBODOHKAN ORG LAA BANG...KALAU BUKAK CD JER MANA KENE BAYA ROYALTI..KURANG2 TU PUN BELI CD ORIGINAL TAK SAMPAI RM1000 PONNN.....NAK BOHONG PUN AGAK2 LA BANG OIIIIII......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang guna sarcasm laaa... Hmmm..peminat setia tudung fareeda ke?...

      Delete
    2. Ni la melayu suka baca separuh2. Malas sgt nk membaca. 2min je bang oi.belum abis baca terus nk bash. Adoi lemah

      Delete
    3. haha.. ni bdak2.. tak phm lg cara org dewasa perli.. haha.. nmpk kurg bijak nye d situ..

      Delete
    4. Laaa tak faham org perli ke dia ni?

      Delete
    5. Betul punya vanggang la .... entah2 tokey fareeda...hihihi patutla marah bebeno

      Delete
  10. Haha..rilek sudah..just joking :p

    ReplyDelete
  11. haha..antra serius ngn perli pn org x fhm.abg ni bkn nk menipu.tp sinis..adoiii

    ReplyDelete
  12. Huhu mmg sarkastik. Yg menjadi lebih mahal sbb benang yg digunakan adalah teknologi nano.

    ReplyDelete
  13. Sebaiknya kita berpandukan islam dalam pemakaian tudung bukan untuk berfesyen tapi untuk menutup aurat.

    ReplyDelete
  14. Barangkali, mesin-mesin jahit ditempah terus dari Italy. Direkabentuk oleh perekabentuk mesin jahit terkenal Enzo Ferrari...tu yang mahal tu..nak masukkan benang pun kena panggil engineer...he3

    ReplyDelete
  15. Woiiiiii... nk beli pg je la beli... banyak plak komen itu la ini la... kalo rasa mahal pg je beli kt masjid india tu... org melayu kalo tgk org melayu untung sikit nak komen yg bukan2... tudung mahal la... tak masuk syurga la... tanya diri sendiri dulu tgk blk komen yg korang update tu betul ke bahasa nya... adoiiiii aiiii.... pakai tudung labuh tutup buah dada tp seluar ketat smp nampak alor gebu x jd juga.... puuuuiiiihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang seluar, seluarlah bang. Yang tudung, tudung. Kite tak mampu nak tegur semua aspek ad-din dalam diri setiap individu. Kita tegur agar dijadikan iktibar. Cara teguran sinis ni pulak digunakan sebab orang islam melayu sekarang ni mmg susah ditegur cara baik. Tapi, tak apalah. Ambil yang baik dari setiap teguran dan nasihat. Kita sesame doakan kesejahteraan saudara2 kita. Amin!

      Delete
  16. Woiiiiii... nk beli pg je la beli... banyak plak komen itu la ini la... kalo rasa mahal pg je beli kt masjid india tu... org melayu kalo tgk org melayu untung sikit nak komen yg bukan2... tudung mahal la... tak masuk syurga la... tanya diri sendiri dulu tgk blk komen yg korang update tu betul ke bahasa nya... adoiiiii aiiii.... pakai tudung labuh tutup buah dada tp seluar ketat smp nampak alor gebu x jd juga.... puuuuiiiihhhh

    ReplyDelete
  17. Hahahah....the best bro !

    ReplyDelete
  18. yang nk siyes sgt da knape. lawak je pon...

    ReplyDelete
  19. sumpah memag ohsem gila cara menjawabnya hahha
    care lahhh....

    ReplyDelete
  20. harap mahal je tapi dada terbukak buat apa

    ReplyDelete
  21. rosnah mat aris & azwan ali jd mangsa pulak !!! LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...itu yg tak tahan! Mau melompat derang tau... apalah dosa derang smpi jd contoh...hahaaa

      Delete
  22. Alasan paling kelakar

    ReplyDelete
  23. pelik juga org yg xpaham sarcasm ni...haha....jenis xcerdik...

    ReplyDelete
  24. tak syariat compliance... buat rugi dunia akhirat je beli...

    ReplyDelete
  25. kalu pakai tudung brand ni muka tak elok boleh terus jadi elok ke? sampah....

    ReplyDelete
  26. Nak ulas kat billboard panjang sgt jadi blog kan aja. Fungsi ayat sama je dgn papan iklan...

    ReplyDelete
  27. Nak ulas kat billboard panjang sgt jadi blog kan aja. Fungsi ayat sama je dgn papan iklan...

    ReplyDelete
  28. kain standard fire retardant ni (FRC)..

    ReplyDelete
  29. Yang kalis api takde ke???? Hahaha.....

    ReplyDelete
  30. Penulis blog yg budiman, u forgot to mention tudung fareeda nih ada cop sirim.. ISO90210..

    ReplyDelete
  31. Artikel ni mcm rembat kat ijalcool jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia copypaste je. Yg kat sana lg lawak dia punya komen.

      Delete
  32. Masih gagal menutup aurat sepenuhnya....

    ReplyDelete
  33. saya sangat setuju dgn Artikel ni. Tudung ni sangat berteknologi canggih. Terima Kasih kerana memberi penjelasan yang jelas. Sekarang, saya pasti boleh menjelaskan kepada mereka yg ingin mengetahui tentang tudung pelik ini. :)

    ReplyDelete
  34. PE KE MEREPEK TUDUNG MCM TU.. SO MENGARUT AND PEMBOHONG! KALO TIPU CENE? BLEH SAMAN X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. da la tudung pendek..

      Delete
    2. Nak jahit tudung pun pasang nasyid ke....bullshittt

      Delete