Kecoh juga beberapa hari lepas apabila tersebarnya gambar seorang anggota polis yang rebah ketika menunggu ketibaan Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sempena Perasmian Persidang Dewan Undangan Negeri. Ini kerana ramai yang mempertikaikan kenapa anggota lain yang berada disitu tidak menolong anggota yang rebah.
Susulan dari itu, ada anggota tentera yang memberi respon berhubung isu berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa disiplin seseorang anggota badan beruniform perlu tinggi dan psikologi mereka seharusnya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.
Ulasan anggota tentera berkenaan adalah sebagaimana dibawah:
Itu la dikatakan rejimental.. disiplin dan mental kena kuat… knp sy ckp mcm tu.. sy pon selalu buat perbarisan atas padang kawad.krana sy seorg tentera. mmg bg org awam benda mcm ni pelik.. knp x tolong. . Yg lain berdiri dan tengok je.. sebb knp ye.. apabila seseorang polis.. tentera.. ataupun mna2 badan beruniform.
Disiplin kna tinggi.. mental kna kuat.. berdiri di padang kawad x kira la kawad panji2 atau pon kawad istiadat bila sesorang tu jatuh anggota medik akn masok dan mengangkat anggota yg tumbang tu keluar dt perbarisan.. mmg la kerjasama diperlukn.. mmg la protolkol diperlukn. Jgn main ckp je sebarangan. Kerana anda semua x merasai apa yg kami lalui.. anda blh la ddk dlm pjbt. Atau ddok menonton je lepas tu.
Bila keburukan org sikit mula nk dihebohkan.. mmg disiplin diperlukn dan kekuatan mental diperlukn bg anggota polis dan tentera.. sbb knp.. apabila peperangan belaku kami boleh bertindak dgn satu arahan je.. contohnya lahad datu.. polis hebat.. tentera hebat.. tp anda semua x thu kami bergadai nyawa disana.. tinggalkan ank bini. Tinggalkn ayah ibu.. bila gugurnya seorg pahlawan tu baru nk dikenang.. anda semua x thu apa yg kami rasa.
Apa yg kami lalui.. anda boleh la ckp saja.. cuba anda semua berada di tmpt kmi.. anda akan rasa apa yg kami lalui. penderitaan kami.. kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman.. damai.. tak ada perbalahan.. x da perang.. cuba kita tengok.. negara islam kita yg lain.. syria. . Lubnan.. palestin. . Negara mreka berperang. . Nk tdo pon x aman.. nk berjln pon x aman. . Nk mkn pon x aman.. kita rsa bersyukur kerana negara kita aman dan damai.. alhamdulilah. . Sabelum kita nk mengkritik atau nk megata sesuatu tu.. baik kita selidik dulu.. knp dia tmbang. Knp org lain tak tolong.
Maaf la jika bicara sy membuat anda terasa. Kerana sy sendiri terasa apa yg anda katakn dkt anggota polis yg tumbang tu.. kerana sy anggota beruniform jgk.. kedaulatan negara tanggungjawab kita bersama.. assalammualaikum. (Sumber)
Jelas pasti ada sebabnya kenapa anggota lain tidak perlu membantu rakannya yang rebah. Kerana sudah siap sedia pasukan perubatan yang akan membantu mana-mana anggota yang menghadapi masalah. Kalaulah anggota dalam perbarisan itu sibuk nak membantu sudah tentu perbarisan itu akan jadi kelam kabut. Kalau tidak ada pasukan perubatan, pastinya mereka juga sedia membantu.
0 Response to "Anggota Polis Rebah Semasa Perbarisan..."
Post a Comment