Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank


Berikut adalah perkongsian mengenai tempoh masa lulus pinjaman atau loan kereta menerusi bank. Maklumat ini adalah sangat berguna bagi mereka yang akan memiliki kereta buat pertama kali. Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada salesman, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta. Pihak salesman pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta.

Syarat Lulus Loan
Nama tidak senarai hitam/ Muflis
Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
Ansuran kereta mestikan 1/3 dari gaji bersih anda

Contoh Pengiraan Lulus Loan Kereta

Bulanan Kereta: RM600

RM600 X 3: RM1800

Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600

Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank
Setelah salesman menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak salesman untuk keputusan loan.
Maksimum kelulusan loan juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.

Via-Melvister

0 Response to "Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank"

Post a Comment