Permohonan Skim Myhome Malaysia April 2014



Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka beberapa hari lagi. Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Namun, ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:

Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pembelian adalah rumah pertama
Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
MyHome 1:
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
MyHome 2:
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000

Cara-cara membuat permohonan:

Muat turun borang permohonan menerusi
Laman Web Jabatan Perumahan Negara 
(atau) Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014
Pusat Panggilan MyHome:
03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313

*Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui butang Like & Share

0 Response to "Permohonan Skim Myhome Malaysia April 2014"

Post a Comment