Pengusaha Tudung Fareeda Mohon Maaf Komen Kurang Bijak Admin Fanpagenya


Pengusaha Tudung Fareeda Mohon Maaf Komen Kurang Bijak Admin Fanpagenya - Teruk juga isteri pelakon, Fizo Omar yang merupakan model dan pemilik jenama tudung Fareeda dikecam selepas komen kurang bijak yang dikeluarkan di Facebook disebarkan di media sosial.

Komen itu dikeluarkan selepas ada pengguna merungut tentang harga tudung Fareeda yang mahal.

Antara isi komen tersebut adalah ‘nasihat’ agar wanita yang tidak mampu membeli tudung Fareeda supaya menabung dan bergaya mengikut kemampuan mereka.


Susulan itu, satu kenyataan meminta maaf telah dikeluarkan Facebook Mawar Fareeda Fanpage pada hari ini.

Status itu berbunyi:

Salam sejahtera. Untuk makluman, Mawar FAREEDA Fanpage ini bukan dikendalikan oleh Puan Mawar sendiri tetapi 5 orang admin. Diharapkan anda semua tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap Puan Mawar berhubung komen di page ini.

Admin memohon maaf dan berharap semua pihak tidak menyalahkan Puan Mawar di atas segala komen dan status yang dikeluarkan di sini. Sekali lagi admin memohon maaf di atas sebarang kekeliruan dan salah faham yang berlaku.

Nampaknya Mawar bukanlah individu yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi. Maka sebarang penyebaran tentang hal ini yang membabitkan nama Mawar boleh dianggap satu fitnah.

Begitu pun pengajaran yang boleh diambil pihak Fareeda adalah mereka seharusnya mengambil individu yang bijak menjawab persoalan pengguna secara berhemah bagi mengendalikan laman pemasaran mereka untuk bagi menjaga imej syarikat. 

Via– Webberita | Facebook Mawar Fareeda Fanpage

5 Responses to "Pengusaha Tudung Fareeda Mohon Maaf Komen Kurang Bijak Admin Fanpagenya"

  1. Setuju pendapat nurkamisah kamil....walatpun saya pembeli fareeda

    ReplyDelete
  2. xpyh nk berfesyen2 sgt laa besok sume pakai kain kapan.... dri bazir beli mahal2 baik laa gi sedekah wat bekalan ke akhirat kelak....

    ReplyDelete
  3. Bogel je la sng..pasal tudung pon nk gaduh.. yg untung toke... bangang.

    ReplyDelete
  4. Tak lama dahulu pernah mereka keluarkan statement kata matlamat syarikat ni utk bisnes semata bukan berdakwah...uikhh ruginya sgt2...sepatutnya boleh dapat 2 in 1.....pahala besar dan untung berniaga...

    ReplyDelete
  5. Lainkali train staff to how to be a good in corporate relationship...

    ReplyDelete