Ngeri!!! Seorang Murid Tertusuk Besi Tembus Di Pipi Kejar Bas Sekolah




Terkejut admin menerima berita tersebut. Mulanya admin dapat kiriman daripada wassap melalui rakan. Mulanya teringat ianya hanya gurauan sahaja!. Apalagi terus google untuk cari berita tersebut. Ikuti Laporannya dibawah :

Sila baca

Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.

SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.


Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.

Pihak
sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalanan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.
Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.

Pihak sekolah telah dimintakan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Sulaiman Hj Awang.
PPA PPD KK.
21hb April 2014
4.12 petang.

Menerusi komen salah seorang pembaca, biar pun dalam keadaan sakit, murid itu langsung tidak menangis.

Melihat keadaan besi penutup longkang itu, kami tidak menolak kemungkinan ia berlaku akibat kerosakan pada infrastruktur besi itu sendiri.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan agar kejadian sebegini tidak berulang lagi khususnya di kawasan sekolah.

P/s : Ya Allah... tragis nyer.. tengok pun dah mengerikan apatah lagi yang merasainya. Tabah sungguh si anak kecil ini, tidak menangis pun sewaktu dalam keadaan sebegini.

0 Response to "Ngeri!!! Seorang Murid Tertusuk Besi Tembus Di Pipi Kejar Bas Sekolah"

Post a Comment