#MH370: Anuar Zain Tunda Persembahan


Penyanyi terkenal Anuar Zain tidak perlu masa yang lama untuk menunda persembahan sempena minggu setiausaha yang diberi nama “Terindah”. Ia atas memberi penghormatan kepada kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

“Ini penghormatan saya kepada mereka yang terlibat dalam tragedi MH370. Dan sebelum ini saya merupakan bekas seorang pramugara jadi saya amat memehami keadaaan dan situasi itu. Walaupun saya telah berhenti hampir 14 tahun, saya masih lagi rasa seperti sebahagian dari Penerbangan Malaysia,” kata Anuar ketika menjadi tetamu untuk program Gala TV.

Tambah beliau, perasaan beliau tidak membenarkan beliau untuk berhibur ketika tragedi ini.

Walau bagaimanapun, Anuar berterima kasih kepada peminat yang memahami situasi ini dan tidak kisah atas pertukaran tarikh persembahan.

Via-Awani

0 Response to "#MH370: Anuar Zain Tunda Persembahan"

Post a Comment