Mawar Fareeda DiKecam Ramai Pihak Di Media Sosial FB ???




Tudung Fareeda mula hangat diperkatakan di media sosial semenjak berita penangkapan tudung-tudung tiruan yang meniru paten tudung Fareeda yang telah mengeluarkan belanja RM4 juta untuk mempromosikan tudung mereka. 

Kita faham bab² paten dan ciplak. Memang wajar pihak Fareeda mengambil tindakan terhadap peniaga² yang tidak beretika ini. Dalam hal ini, kita harus menempatkan diri kita di kedudukan Fareeda selaku pengeluar dan pengasas tudung Fareeda.

Namun, di laman Facebook rasmi Fareeda dikecam kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap berlagak dan sombong.

Berikut adalah kenyataan dari Fareeda:

Gambar dari Mazidul Akmal

"Nurkamisah Sharil: Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves di bawah RM100. Jika tak mampu menabung,. dan jangan risau jika membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved."

Melalui pemahaman My Media Hub, ini bukanlah jawapan dari Mawar Abdul Karim, tetapi jawapan dari admin page FB Fareeda. 

9 minit yang lalu dari entri ini diterbitkan, Facebook Fareeda keluarkan kenyataan penafian page tersebut dikendalikan oleh Mawar:



Seharusnya admin page berhati-hati mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi mereka. Akibat dari kenyataan 'berlagak' itu, Mawar kini dikecam oleh ramai pihak sehingga ada yang mahu memboikot tudung Fareeda. 

Pihak admin FB Fareeda seharusnya mempelajari kaedah komunikasi berkesan tatkala menjawab persoalan atau memberi kenyataan di laman sosial. Fareeda harus sedar, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu dibaca mengikut tafsiran yang berbeza-beza. Seeloknya, biar seperti menarik rambut dari dalam tepung, rambut berjaya di tarik, tepung tidak berterabur.

Ramai yang terguris dengan kenyataan admin page berkenaan. 


Islam melarang pembaziran dan menggalakkan sifat kesederhanaan. Belilah tudung dengan harga yang berpatutan sekaligus memenuhi fungsi sebenar tudung iaitu menutup aurat dan tutup DADA sekali.

Via-MyMediaHub

0 Response to "Mawar Fareeda DiKecam Ramai Pihak Di Media Sosial FB ???"

Post a Comment