Hadis atau Hadith Palsu kelebihan puasa di bulan Rejab tersebar. Menerusi kenyataan rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), petikan atau hadis mengenai kelebihan berpuasa di bulan rejab yang tersebar menerusi laman sosial adalah tidak benar. Pengguna laman sosial khususnya dinasihatkan agar lebih berwaspada agar tidak menyebarkan hadis dari sumber yang tidak sahih kerana ianya boleh memesongkan akidah umat islam. Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih.
Petikan Hadis Palsu Puasa Bulan Rejab Tersebar
Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rejab maka ia laksana berpuasa setahun. Bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam. Bila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga. Bila berpuasa 10 hari, Allah akan mengkabulkan semua permintaannya
Penjelasan Mengenai Hadis Kelebihan Bulan Rejab
Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.
Contoh Hadis Palsu Mengenai Kelebihan Puasa Bulan Rejab
Via | melvister.com
0 Response to "Hadis Palsu Kelebihan Puasa Di Bulan Rejab Tersebar "
Post a Comment