Beego dan Linda Hashim Timang Anak Sulung!

Comel betul bayi kepada Beego dan Linda Hashim. Pasangan yang baru saja bergelar ibu bapa ini amat teruja dengan cahayamata sulung mereka yang telah dilahirkan pada pukul 12:20 pagi, Rabu, 23 April bertempat di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. Bayi perempuan seberat 2.62 kilogram ini turut selamat dilahirkan secara normal dan kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.




Beego turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan isterinya dan turut berkongsi sekeping gambar bayi perempuan yang diberi nama Jelita Clarissa. Indah sungguh namanya seperti maksudnya iaitu 'Jelita Yang Jelas'.

Kegembiraan pasangan ini turut dizahirkan apabila kedua mereka menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain bersyukur dengan kehadiran permata sulung apatah lagi ia melengkapi rumah tangga mereka berdua. Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah turut berjanji akan mendidik anaknya itu sebaik mungkin mengikut ajaran Islam.

Via-Era.Fm

0 Response to "Beego dan Linda Hashim Timang Anak Sulung!"

Post a Comment