AWAS!!! Jangan Jawab Panggilan Dari Nombor 03-21788888
ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.
MCMC sedang menyiasat kes ini.
Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.
*Apa itu spoofing?
Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.
Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.
Via-mynewshub
Pernah dpt call ni....tp dr segi dialek percakapan....bukan org sini.... Mcm org china
ReplyDeleteMcm suara india pompuan. X kuat suaranya.....mcm panggilan
ReplyDeletejauh
Ada call tapi tak sempat nak layan.
ReplyDeleteAda terima call tapi tak sempat nak jawab. Dia tinggal message mengatakan hutang credit card saya dengan AmBank sebanyak RM3,500. Saya call balik memang AmBank
ReplyDeleteYa betul Ni.. Kawan rapat sepejabat saya dah terkena. Skrg kes dlm siasatan.rm5k hilang sekelip Mata. Diingatkan kalau Ada urusan yg kurang pasti.... Jgn selesaikan di atm. Tapi pergilah ke kaunter banks
ReplyDeleteYup..saya dah terkena hari ni..sebab angkat call je dah hilang rm50 bila check balance
ReplyDelete