Suami Isteri Ditetak Mati Bertubi-tubi Angkara Dadah


Mayat sepasang suami isteri ditemui mati akibat ditetak di beberapa bahagian badan di rumah, Kampung Cina.

Mangsa, M.Muniandy, 30, & isteri, A. Kaliammal, 37, ditemui mati terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah pada jam 1.50 pagi oleh pemilik rumah berkenaan.

Kedua-dua mangsa dipercayai diserang menggunakan senjata tajam oleh lebih dari seorang suspek.

Kedua-dua mangsa cedera teruk di bahagian leher, lengan akibat diserang dan ditetak bertubi-tubi.

Motif kejadian dipercayai berpunca dari aktiviti dadah.

Berdasarkan siasatan polis, Muniandy merupakan penagih dadah dan mempunyai rekod dikehendaki polis pada tahun lalu selain dari memilik 9 rekod jenayah lampau yang melibatkan kes pecah rumah dan samun secara berkumpulan.

Anak angkat lelaki pasangan yang berusia dua tahun tidak dicederakan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pengelihatan itu ditemui tidur nyenyak dalam bilik. Kanak-kanak malang itu akan diserahkan kepada JKM untuk perlindungan sementara mencari ibu kandungnya.

Via- Utusan Malaysia

0 Response to "Suami Isteri Ditetak Mati Bertubi-tubi Angkara Dadah"

Post a Comment