Perdana Menteri Sahkan Misteri Pesawat #MH370 Telah Terhempas di Lautan Hindi

Perdana Menteri mengesahkan perkembangan terbaru. Pesawat MH370 disahkan telah terhempas di Koridor Selatan, Lautan Hindi. Menurut sumber media, tiada penumpang dan krew terselamat dalam kejadian itu.

Pihak MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.

Tambah Najib, beliau berharap pihak media tidak mengganggu privasi keluarga mangsa yang menghadapi berita yang amat menyedihkan ini.


Terkini dari sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat #MH370 dari PWTC oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, 10 malam, 10:00 malam

Dengan rasa dukacita, ingin dimaklumkan bahawa pencarian pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi. Satu sidang akhbar akan diadakan esok dengan maklumat lebih lanjut.

Awalnya tadi, kami berkongsi maklumat ini kepada keluarga dengan penuh rasa keterbukaan dan hormat. Malaysia Airlines sudah bercakap dengan keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini.

Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati. Saya tahu berita ini mesti lebih sukar untuk diterima. Saya menggesa pihak media untuk menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang pada masa yang amat sukar ini.#MengenangMH370
Sidang media susulan akan diadakan pada pagi esok.

P/s : Dalam tempoh 1 bulan ini, kita didatangi pelbagai cubaan dan dugaan. Dalam tempoh ini juga, kebanyakan kita mula merasa Allah itu lebih besar dari biasa. Tatkala ramai manusia sudah tiada apa lagi untuk diharap, barulah wajah dihadap ke qiblat, tangan ditadah ke langit, air mata jatuh merayu rahmat Allah.
Malaysia bersedih, Malaysia berkabung dengan suara doa-doa mula menjadi sirna, hanya mengharap keajaiban yang semakin malap, semalap pelita minyak di tengah hujan lebat.Al-Fatihah



0 Response to "Perdana Menteri Sahkan Misteri Pesawat #MH370 Telah Terhempas di Lautan Hindi"

Post a Comment