Mat Luthfi Kembali Dengan Video Terbaru Isu Semasa Trending #MH370


Vlogger terkenal Mat Luthfi tampil dengan video terbarunya di YouTube.

Video bertajuk Buat Kepala sedikit sebanyak memberi refleksi pada cara kita berkongsi maklumat di media sosial terutama selepas kehilangan MH370.

Umum mengetahui Malaysia waktu ini sedang dilanda pelbagai isu, maka kemunculan semula Mat Luthfi dilihat cukup sesuai untuk meredakan suasana yang sedang tegang buat seketika.


Menerusi video Buat Kepala yang dimuat naik sekitar petang semalam, Mat Luthfi seperti biasa menyampaikan pendapatnya secara bernas berkaitan isu semasa yang kerap menjadi perbualan masyarakat setempat dan antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Sudah agak lama rasanya Mat Luthfi menyepikan diri tanpa berkongsi video terbaru yang boleh menggeletek hati peminatnya. Kalau tak silap, perkongsian terakhir anak muda ini ialah sekitar empat bulan lepas menerusi video berjudul B.O.B.


Namun keseluruhan video itu menyaksikan Mat Luthfi menegur atau dalam erti kata lain menyelar golongan manusia yang berlagak pandai mengenai sesuatu isu walaupun pada hakikatnya pengetahuan mereka cumalah sebesar zarah.

Bagi yang menonton video itu dari pandangan mata kasar, mungkin hanya akan tergelak dengan lawak spontan Mat Luthfi tanpa dapat memahami maksud sebenar di sebalik objektif video berkenaan.

Mengambil contoh insiden kehilangan pesawat MH370, entah mengapa secara tiba-tiba ramai pula masyarakat yang tidak mempunyai kepakaran khusus di dalam bidang ini tampil mengeluarkan hujah dan teori yang kononnya masuk akal dengan alasan ingin membantu.

Apa kaitannya dengan kelapa? Anda sendiri pun tahu

Jadi dari apa yang diperhatikan menerusi pandangan jujur ini, menjadi masyarakat prihatin bukan bermakna anda perlu berlumba-lumba mengemaskini status atau menyampaikan sesuatu berita tanpa adanya fakta yang sahih, tetapi adakalanya lebih baik anda berdiam diri dan tunjukkan keprihatinan itu dengan cara yang betul. Bak kata Mat Luthfi, ‘If we can’t help, let’s not make it worse.’

Tetapi tanpa disedari, tindakan mereka itu hanya memburukkan lagi keadaaan apabila pendapat yang disuarakan bertukar menjadi spekulasi dan menanam harapan palsu dalam diri keluarga serta saudara mara terdekat individu yang terlibat di dalam insiden itu.

Via-OhBulan

Bagi yang belum menonton video Buat Kepala, nah di bawah ini admin sertakan video terbaru Mat Luthfi untuk tayangan anda. Semoga selepas ini kita semua menjadi lebih positif.

0 Response to "Mat Luthfi Kembali Dengan Video Terbaru Isu Semasa Trending #MH370"

Post a Comment