Artis Sari Yanti Telah Failkan Penceraian Pada Februari ???


Aktress yang kini merupakan peserta program Fear Factor Malaysia dan suami difahamkan perlu melalui proses berdamai pertama bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.

Laporan terbaru ini sekaligus mengesahkan spekulasi yang menjadi buah mulut ramai peminat dunia hiburan beberapa minggu kebelakangan ini.

Harian Metro melaporkan yang Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, semalam.

Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari yang berusia 30 tahun difahamkan telah memfailkan permohonan cerai pada 25 Februari lalu dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana suaminya ke luar negara atas urusan kerja.

Via-MyHubMedia


0 Response to "Artis Sari Yanti Telah Failkan Penceraian Pada Februari ???"

Post a Comment