2 Objek Sebesar 24 Meter Dipercayai Milik Pesawat #MH370 Ditemui Di Lautan Hindi ???


Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek yang ditemui adalah lebih kecil.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.


Beliau berkata sejurus menerima berita tentang objek-objek tersebut, empat pesawat telah dihantar ke kilometer 2,500 barat selatan Perth.

Beliau turut berkata pesawat tentera udara Australia, Orion, telah dihantar ke kawasan tersebut pada pukul 1.50 petang.

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Tiga lagi pesawat Poseidon dijangka tiba di kawasan tersebut pada pukul 3 petang.

0 Response to "2 Objek Sebesar 24 Meter Dipercayai Milik Pesawat #MH370 Ditemui Di Lautan Hindi ???"

Post a Comment