Respond KJ Terhadap Bomoh VIP




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin secara berseloroh berkata, “satu Malaysia” mahu menampar Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ekoran perbuatannya yang “memalukan” negara.Kata-kata itu lahir dari mulut menteri muda ini sebagai respon kepada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang mahu menamparnya seperti buaya.


“Dia seorang nak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan Malaysia.”

“Perbuatan dia syirik, khurafat… Jadi saya tak nak layan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang.

Semalam dalam satu video di Youtube, Ibrahim mengancam untuk menampar menteri beliau dan sukan itu serta mahu menyamannya RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.

Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.


0 Response to "Respond KJ Terhadap Bomoh VIP"

Post a Comment