Nora Danish Nafi Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram ???




Nora Danish tampil menafikan dirinya menyambut ulangtahun kelahiran beliau di sebuah kelab haram baru baru ini.

“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya. Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam haram seperti yang disebarkan di laman laman sosial,” jelas Nora Danish



“Jikalaulah kelab malam atau restoran itu tiada permit, bagaimana kami sebagai pengunjung nak tahu tempat itu haram. tiada permit dan sebagainya? Adakah pihak berkuasa yang patut menjalankan tanggungjawab anda semua untuk membuat tindakan yang selanjutnya yang mana saya dengar dah pernah diserbu sekali kan. Kena ambil tindakanlah, kami sebagai pengunjung tak tahu apa cerita, tiba-tiba nama saya dikaitkan”

P/s : Begitulah artis, yang sememangnya telah diajar untuk berdolak dalih dan menunding jari pada pihak lain. Tak mengapa Nora Danish, peminat pandai untuk menilai sendiri ‘kan?

 (kredit ROTIKAYA)

0 Response to "Nora Danish Nafi Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram ???"

Post a Comment