Muhasabah Diri : Bersediakah Kita Di Akhirat ???

"PANASSSS ALLAH, PANASSSSS!!!"


"Aku mahu keluar dari lubang kecil ini, sempit ya Allah! tolongggggg!"

"Arghhhhhhhhh pedihnya ya Allah..kulit aku bagai disiat-siat, kepala aku dipenggal kemudian cantum semula kemudian dipenggal lagi kemudian cantum semula. tolong ya Allah!!!!"





"Otak aku mendidih menggelegak ya Allah..panassssss! aku mahu keluar!"

"Allah, beri aku 1 saat utk kembali ke dunia..aku mahu ucapkan 'astghfirullah'!"

Mungkinkah keluhan-keluhan ini yang akan kita ungkapkan kelak? Atau keluhan yang lebih berat?

Bersedia ke kita?

BERSEDIAKAH? Hanya 1 saat kita perlukan untuk kembali ke dunia semata-mata mahu menyebut ungkapan itu, Mahu solat, mahu tutup aurat, mahu beribadah siang malam........Mahu semahu-mahunya.

Bayangkan, kaki dikenakan selipar besi, badan disaluti pakaian besi, dimasukkan kita kedalam api itu. Panassssssss, Dari kaki ke otak hingga ke luar badan rasa panas mendidih menggelegaknya.

Adakah kita fikir kita mampu untuk mendapatkan 1 saat itu bilamana roh dan jasad kita sudah terpisah? Roh disoal, ditanya mengapa jalan ini yg kita pilih?

Jasad terbakar rentung kepanasan. Siapa yang akan datang menolong? Jin syaitan yang kita bela? Manusia yang kita cinta? Tiada siapa yang mampu! Tiada siapa yang dengar. Hanya kita dan Allah untuk perhitungan itu. Berhijrahlah selagi 1 saat itu masih bersama kita...

JOM TINGGALKAN KEMUNGKARAN!

0 Response to "Muhasabah Diri : Bersediakah Kita Di Akhirat ???"

Post a Comment