Jaringan Luciano Figueroa dan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama sudah cukup untuk memastikan kemenangan ketiga JDT dalam saingan liga musim ini untuk skuad kendalian Cesar Ferrando Jiminez itu kini mengumpul 10 mata.
Malang bagi Sime Darby yang dibimbing Ismail Zakaria apabila terpaksa beraksi 10 pemain bermula minit ke-61 selepas pemain importnya, Dilshod Sharofetdinov dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua ekoran kekasaran terhadap Mahalli Jasuli untuk mereka mengumpul kekalahan keempat musim ini.
Selepas membelasah Selangor 4-1 pada aksi Liga Super di Larkin, 15 Februari lalu dan menyingkirkan Kedah menerusi agregat 5-1 untuk mara ke separuh akhir Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus garang dengan menewaskan Sime Darby FC 2-0 pada aksi keenam Liga Super di Stadium Selayang, malam tadi.
Terdahulu, Jiminez tetap mempertaruhkan lima pemain kebangsaan yang baru pulang dari Al Ain, UAE, pagi kelmarin - Mahalli, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim dan Amri Yahyah - dalam kesebelasan utamanya tetapi terpaksa mengetepikan kapten, Aidil Zafuan Radzak dan Safee Sali yang mengalami kecederaan ketika membantu skuad kebangsaan menewaskan Yaman 2-1 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015, Rabu lalu.
Gol pertama JDT hadir pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma cantik dilakukan Figueroa yang terus menuju masuk ke penjuru gawang Sime Darby tanpa mampu diselamatkan Suffian Ab Rahman.
Belum sempat Sime Darby menyusun semula barisan pertahanannya, JDT terus kukuh dengan memperoleh gol kedua pada minit ke-30 menerusi Norshahrul yang menyudahkan bola muntah Suffian selepas penjaga gol Sime Darby itu menepis percubaan awal Safiq.
0 Response to "JDT naik Tangga Kedua Carta Liga Super 2014"
Post a Comment