Itali dan Austria menafikan rakyat mereka berada dalam pesawat MH370 dan pihak berkuasa berkenaan mendakwa pasport Luigi Maraldi (Itali) dan Christan Kozel (Austria) telah dicuri di Asia Tenggara beberapa tahun lalu.
Kedua-dua tiket penerbangan itu ditempah bagi destinasi Kuala Lumpur - Beijing sebelum diteruskan ke Amsterdam. Pemegang pasport Itali sepatutnya meneruskan perjalanan ke Copenhagen manakala pemegang pasport Austria akan ke Frankfurt.
Pihak berkuasa berkata, mereka masih menyiasat identiti sebilangan penumpang dalam pesawat itu yang didapati bermasalah dengan pasport mereka.
Ketua Koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan CNN mengenai pembelian tiket menggunakan pasport itu.
Bagaimanapun, katanya, tumpuan operasi sekarang adalah untuk mencari pesawat berkenaan berbanding mengesan dua lelaki terbabit.
Katanya, kawasan pencarian juga diperluaskan daripada 20 kepada 50 batu nautika manakala gerakan SAR di Selat Melaka masih belum menghasilkan sebarang tanda positif.
Via-Metro
“Pencarian sedang diteruskan tetapi sehingga kini tiada pesawat dikesan,” katanya Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu pada sidang media di Hotel Sama Sama di KLIA di sini, malam ini.
Beliau berkata, jumlah pesawat yang terbabit dalam SAR juga meningkat kepada 34 pesawat termasuk dua dari Australia yang dijangka tiba pada lewat malam ini dan pagi esok.
0 Response to "Itali dan Austria Menafikan Rakyat mereka Berada dalam Pesawat MH370"
Post a Comment