Zaman sekarang zaman teknologi pesat membangun. Sebagai manusia di era pesat dek kerana teknologi kita haruslah sentiasa peka bukan pekak dengan isu-isu semasa. Sedia maklum agenda yahudi memang ingin menjatuhkan imej agama kita agama ISLAM dengan pelbagai cara . Namun sebagai manusia dan orang islam yang dikurniakan akal hendaklah kita berfikiran yang mana baik untuk agama kita. Terbaru, berkaitan dengan video game yang menghina Islam dan boleh menjejaskan akidah. Admin minta supaya golongan Ibubapa perlu memainkan peranan yang penting terhadap anak-anak mereka. Maklumlah permainan video game komputer dan sebagainya sangat di gilai anak-anak muda sekarang.
Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak mereka yang gemar bermain komputer berikutan satu permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini dikesan mengandungi elemen yang menghina Islam dan menjejaskan akidah.
Ini kerana pemain permainan itu tanpa disedari berperanan seolah-olah sebagai Tuhan kerana mampu mengawal karakter nabi bagi menyebar apa juga agama.
Selain itu, bandar suci umat Islam Makkah dan Madinah juga diletakkan di bawah penguasaan pasukan penakluk bukan Islam yang jelas dipaparkan menerusi simbol tertera.
Difahamkan, permainan itu sudah berada di pasaran sejak awal 1990-an lagi dan permintaan tinggi penggemar permainan komputer mendorong pihak pengeluar memperbaharui, menambah baik serta mengeluarkan beberapa siri baru.
MAKKAH dijadikan pusat penguasaan pasukan penakluk bukan Islam.
Siri terbaru dilancarkan pada 2010 turut memenangi pelbagai anugerah permainan video di peringkat antarabangsa.
P/s : Berhati-hati dan waspada dengan teknologi yang menyesatkan anak-anak muda. Suka jangan alpa dan leka.
0 Response to "Waspada!!! Permainan Video Game Hina Agama Islam"
Post a Comment