Jenazah Meninggal Dunia "Senyum" Ketika Solat



Takziah admin ucapkan. Suatu kisah yang boleh diambil nilai-nilai murni dan pedoman dalam kehidupan kita terutama yang beragama Islam. Kejadian yang berlaku di Rantau Panjang Masjid Beijing.

Kematian datang tanpa mengira tempat serta usia dan kematian seorang warga Thailand ketika menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Beijing malam kelmarin ternyata membangkitkan keinsafan.

Kematian Mahama Abdullah, 56 seakan-akan mirip kejadian di Bangi, Selangor pada Ogos 2013 apabila seorang lelaki yang juga siak Suaru Al Mujahiddin, Desa Surada meninggal dunia dalam keadaan bersujud.

Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.45 malam itu, Mahama tiba-tiba rebah pada rakaat pertama solat.



Terkejut dengan kejadian itu, penduduk yang juga jemaah di masjid berkenaan segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak polis.

Setiausaha Masjid, Samsuddin Yasin berkata, ketika kejadian, jemaah hanya menyedari Mahama rebah selepas selesai menunaikan solat Isyak.

"Kami cuba periksa nadinya namun gagal mengesan sebarang denyutan. Maka untuk mendapatkan pengesahan lebih tepat, kami panggil seorang doktor yang tinggal dekat sini.

"Selepas semua usaha menemui kegagalan, mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas," katanya.


Menurutnya, penduduk terharu dengan pemergian arwah yang menghembus nafas dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika sedang menunaikan solat.

Katanya, ketika hayatnya, arwah cukup dihormati penduduk di sini kerana beliau merupakan seorang guru agama berpengalaman di sebuah institusi pengajian pondok di Weng, Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa memasuki negara ini menggunakan pas sempadan.

"Hasil pemeriksaan awal, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada unsur jenayah ditemui. Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan lengkap berhubung punca kematian mangsa," katanya.

Sumber : Sinar

Tambahnya, keluarga mangsa di Golok, Thailand sudah dimaklumkan dan mereka menuntut mayatnya selepas selesai bedah siasat.

P/s : Mudah-mudahan arwah ditempatkan golongan yang beriman dan beramal soleh. Amin..

0 Response to "Jenazah Meninggal Dunia "Senyum" Ketika Solat"

Post a Comment