!["Setelah membuat pertimbangan dan mengambil keterangan kesemua individu terlibat termasuk pegawai pasukan, pengadil dan komisiener perlawanan, jawatankuasa membuat keputusan tersebut mengikut peraturan 4.12.15b dimana T-Team telah menarik diri dan gagal bermain tanpa memberikan alasan yang kukuh" pengerusi J/Kuasa Pertandingan Tempatan FAM, Dato' Affandi Hamzah. "Alasan keselamatan yang diberikan T-Team tidak cukup kuat kerana jaminan keselematan telah pun diberi kepada mereka. T-Team bagaimanapun tidak dikenakan denda dan hanya diberikan amaran keras untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/t1/p320x320/1800421_698046156883134_835095524_n.jpg)
JDT layak ke saingan Suku Akhir selepas diberi kemenangan PERCUMA oleh FAM, 3-0 disebabkan kes di Larkin tempoh hari. FAM telah bermesyuarat dan memberi keputusan JDT tidak bersalah.
![Piala FA KEDAH vs JDT JDT layak ke saingan Suku Akhir selepas diberi kemenangan PERCUMA oleh FAM, 3-0 disebabkan kes di Larkin tempoh hari. FAM telah bermesyuarat dan memberi keputusan JDT tidak bersalah. -Zany BBSemasa-](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/s403x403/1891277_630390050331475_479175349_n.jpg)
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan PersatuanBola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Takzim(JDT) sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media khas di Wisma FAM, di sini, sebentar tadi.
![kemenangan percuma 3-0 JDT membuktikan FAM boleh bertindak mengikut lunas undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai dalam arena bola sepak. ini sekaligus menepis tohmahan bahawa JDT "dianak tirikan" & FAM anti JDT yang dilemparkan sebelum ini. jika ada yang berkata sedemikian sebelum ini. Harap boleh kemukakan permohonan maaf dan terima kasih kepada FAM renung-renungkan.. via : HarimauMalaya.. *Penyokong Jdt jom like @[257558864407112:274:Johor Darul Takzim FC] (y)](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/s403x403/1184828_532743503506245_2067554809_n.jpg)
![](https://fbexternal-a.akamaihd.net/safe_image.php?d=AQB2uPAb5hqB_lLu&w=377&h=197&url=http%3A%2F%2F1-ps.googleusercontent.com%2Fx%2Fwww.hmetro.com.my%2Fw1.hmetro.com.my%2FmyMetro%2Farticles%2FFAMberikemenangankepadaJDT%2Fxpix_gal1%2Cqharianmetro.pagespeed.ic.VcY-NYiwJ7.jpg&cfs=1&sx=0&sy=0&sw=600&sh=314)
AFANDI (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
Kedua-dua wakil pasukan JDT dan T-Team serta pegawai perlawanan hadir memberikan keterangan bermula jam 10 pagi hingga 2.30 petang di Wisma FAM Kelana Jaya, di sini.
Dengan kemenangan itu JDT bakal bertemu Kedah pada suku akhir Piala FA pada 11 Februari di Larkin.
Pada perlawanan Piala FA Sabtu lalu di Larkin, T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua selepas mereka mendakwa seorang pemain dan pegawai dipukul di dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan.
Pada masa itu, JDT mendahului 2-1 sebelum perlawanan ditangguhkan.
![ALHAMDULILLAH Pemain-pemain kita akan lebih fokus dan bersemangat untuk perlawanan Jumaat ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM memutuskan Johor Darul Ta'zim menang 3-0 keatas T-Team dan layak ke suku akhir Piala FA 2014. LUASKAN KUASAMU JOHOR!](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/s403x403/1795531_370443879762014_1761766261_n.jpg)
Dalam pada itu Presiden PBSNT kecewa di atas keputusan FAM
![Apa boleh buat..terima saje la keputusan ye w'pun pahit..](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/1622613_585828868160869_442768819_n.jpg)
0 Response to "Gempak!!! JDT Ke Suku Akhir FA Cup selepas diberi kemenangan PERCUMA "
Post a Comment