Bekas kekasih Zizan Razak telah terlibat kemalangan teruk di Michigan, Amerika Syarikat apabila kereta Elektra yang dipandunya dilanggar sebuah kereta dari belakang.
Akibat itu, bahagian belakang kereta Juliana Evans yang menggunakan BONCENG sebagai nombor plat kemek dan hancur termasuk lampu kanan belakang kereta.
Melalui info yang diberikan beberapa pengomen tegar fanpage Rotikaya, kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian seorang pemandu yang hilang kawalan kerana berada dalam keadaan mabuk.
Selain itu, keadaan licin dan berais di Michigan, Amerika Syarikat juga mungkin sedikit menyumbang kepada kemalangan tidak diduga itu.
Setakat ini, info tentang punca kemalangan terbabit masih belum dipastikan kesahihannya namun admin berharap pelakon cantik manis itu berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan. Biasalah kan, kalau dah terlibat kemalangan, macam-macam benda yang difikirkan lebih-lebih jika bukan berlaku di negara sendiri.
Di bawah ini, admin sertakan tiga keping gambar Juliana Evans kemalangan dan tiga lagi keping gambar beliau yang paling manis dan memukau. sumber dari MyMediaHub.
0 Response to "Gambar Kereta Juliana Evans Kemalangan...."
Post a Comment