Komen Lana Nordin mengenai Kenyataan Johan


Isu putusnya hubungan diantara Lana Nordin dengan Johan Asari memang dah lama berlalu namun disebalik kejadian itu ramai masih tidak mengetahui apa yang terjadi.

Dan ini adalah kenyataan Lana apabila diwawancara secara penuh oleh portal Utusan baru-baru ini. Jom kita dengar kata Lana sendiri.

Kata Johan, dia putuskan hubungan sebab mak ayah tak restu. Apa komen Lana?

Saya tak terkejut pun. Bagi saya, cara dia putuskan hubungan dengan saya tak munasabah. Dia bagi alasan mak ayah tak restu. Tolonglah, dia sekali pun tak pernah bawa saya bertemu dengan keluarga dia, macam mana dia boleh yakin yang mak ayah dia tak restu hubungan dia dengan saya?
Takkanlah tak pernah sekali pun bawa jumpa keluarga?
Memang tak pernah. Keluarga dia tak kenal pun saya lagi, macam mana nak kata tak suka atau suka? Dia cuba pun belum lagi. Saya faham, untuk kenal-kenal ini, memang ambil masa. Tapi dia tak ada usaha pun ke arah itu. Kalau nak tahu, kakak dia pernah cakap dengan seorang wartawan, keluarga dia tak pernah pun halang hubungan kami. Mereka suruh kami kenal-kenal dulu. Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun tak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita?
Bila Johan cakap nak putuskan hubungan?
Isnin lepas.
Reaksi Lana ketika itu?
Sebenarnya saya dah bersedia dari awal. Saya sendiri pun tengok dia ini macam betul tak betul saja. Makin hari makin saya tengok dia ini banyak berdalih. Jadi saya nampak yang dia memang nak lari daripada hubungan ini dan cuma nak main-main. Kalau betul dia serius, dia tak akan cepat putus asa. Baru sebulan kot...
Lana boleh terima ke Johan bagi alasan mak tak restu?
Kelakarlah. Saya rasa tak ada kena mengena dengan mak pun. Dia itu yang bermasalah. Usaha pun tak ada, kenapa nak salahkan takdir?
Memandangkan kamu berdua masih terikat berlakon bersama dalam teater Bahayanya Wanita dan terpaksa bertemu di lokasi sama, ada tak antara kamu berdua yang cuba larikan diri?
Dia di lokasi kalau nak tahu macam orang tak bersalah. Adalah dia hubungi saya tanya saya dah sampai ke belum. Saya memang tak larikan diri tapi dialah yang buat-buat tak pandang. Kenapa pula saya nak larikan diri, bukan saya yang mulakan semua ini. Bukan saya yang ajak dia kahwin, bukan saya yang hebahkan pada semua.
Adakah selama sebulan bercinta Lana memang jatuh cinta dengan Johan?
Tak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, dengan perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama. Saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pembimbing yang baik untuk saya. Tapi sebaliknya berlaku. Cuma saya dan Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan As’ari. Kadang-kadang saya rasa hairan, macam mana orang seperti ini menggunakan agama sebagai perisai untuk dia dilihat suci. Saya memang nampak macam wanita yang urban dan sosial tapi demi Allah, saya rasa saya lebih suci daripada dia.
Dah tahu Johan macam itu, kenapa masih terus nak bertahan dengan dia?
Iyalah, selama ini saya beri dia peluang. Lagipun boleh tengok di mana-mana media, pernah tak saya cakap saya terima lamaran dia? Tak adakan. Saya cuma cakap kalau ada jodoh, adalah. Pada saya, lebih baik hal ini terjadi sekarang. Buat apa nak hidup dengan lelaki yang menyerah sebelum kalah. Sekarang ini siapa yang diamkan diri? Ramai wartawan cari dia tapi di mana dia? Kenapa senyap?
Johan punya rekod yang buruk dalam bab bercinta dan Lana adalah mangsa keadaan sebab sebelum ini, semua artis yang pernah dikaitkan, Johan tak pernah mengaku bercinta.
Saya tahu. Tapi macam saya cakap, beri dia peluang. Nampaknya tak berubah juga. Lantaklah dia. Bagi saya, dia itu lelaki psiko.

0 Response to "Komen Lana Nordin mengenai Kenyataan Johan"

Post a Comment