Kereta Lotus Elise Berkecai Kemalangan


Seorang lelaki, terselamat dari maut meskipun kenderaan yang dipandunya iaitu sebuah kereta sports jenis Lotus Elise “berkecai” selepas terbabit dalam kemalangan ngeri pada Jumaat di Kilometer (km) 147.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Pagoh dekat Muar, Johor

  

Menurut laporan, dalam kejadian kira-kira jam tiga petang itu mangsa yang bernama Lim Lik Wei berusia 40 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru ke ibu negara

Punca kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu laju mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri lebuh raya

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian badan berjaya dikeluarkan seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan

Sumber : Mysumber

Related Posts :

0 Response to " Kereta Lotus Elise Berkecai Kemalangan "

Post a Comment