Bila berlakunya pemutusan hubungan dengan kekasih hati diantara Lana Nordin dengan Johan Asaari, kini tampil seorang wanita yang dulunya pernah dikaitkan dengan Johan Asaari pada tahun 2011 iaitu, Izreen Azminda.
Izreen membertahu yang dia tidak senang dan membidas dengan cara Johan yang sengaja mempersendakan kaum hawa.
"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.
"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya,"
"Saya terkejut dengan berita tentang mereka (Lana Nordin), kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.
"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga
0 Response to "Johan,Tolong Jangan Mainkan Perasaan Wanita"
Post a Comment