Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur.
Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan. Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu di sini, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian.
Ketika ini, Nur Damia bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dia dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, 43, dan ibu, Rosnaini Mohamad, 35, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya. - Lapor BH.
Related Posts :
Respon Mufti Perak Mengenai Kisah Kubur Ibu Tunggal Yang BercahayaIpoh: “Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu … Read More...
Gejala Sosial Wechat,Whassup Ibubapa Sila Pantau Anak Anda!!!
Mohon mak bapak pantau anak2 anda.
Tengok operasi anak2 anda.
We chatnya, wasapnya, fesbuknya, twitternya.
Makin… Read More...
Remaja Bersosial.... Di Manakah Kita ?
Mula-mula duduk rapat,
lepas duduk rapat, kemudian lawan peluk erat-erat,
bila dah peluk erat-erat, akhirnya nafas naik tersekat-sekat,
… Read More...
Kisah Benar Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang
Kisah Benar Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang
Kisah ini dipetik dari page facebook untuk dijadikan tauladan. Semoga k… Read More...
Kisah Benar Isteri Curang Dengan Lelaki Lain Di Pejabat
Isteri curang lebih banyak mengundang penceraian berbanding suami curang
Kes penceraian yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjad… Read More...
0 Response to "Gambar Nur Damia kudung dua tangan dan dua kaki bersungguh sungguh mahu bersekolah "
Post a Comment